top of page

RENTAP

PAHLAWAN SARAWAK

Biodata Rentap

  • ·         Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di Sarawak

  • ·         dilahirkan tahun 1800

  • ·         nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’

  • ·         Rentap juga digelar ‘Raja Darat’

  • ·         merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

 

Kisah Perjuangan Rentap

 

  • ·         Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.

  • ·         James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban

  • ·         tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap

 

 

James Brooke

  • ·         1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang

  • ·         pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh

  • ·         kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban

  • ·         1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap

  • ·         pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu

  • ·         perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’

  • ·         tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok

 

Charles Vyner Brooke

 

 

 

  •  Meriam ini mendapat nama Bujang Timpang Berang kerana bahu sebelah kanan pada meriam telah patah

  • ·         Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di              Bukit Sadok

  • ·         Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh

  • ·         tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal

  • ·         kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak                  takut kepada kamu orang Eropah’

  • ·         tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok

  • ·         pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas

  • ·         James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap

  • ·         James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap

  • ·         Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timpang Berang’ untuk menentang pasukan Brooke

  • ·         Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia

bottom of page